Saturday, June 20, 2009

Majlis Perpisahan...;(

Date: 16 june 2009
Venue: Kak Sarimah's House @ Fanateer
Xtvt : Farewell Party n Summer Holiday
Bila kami semua berkumpul...sessi bergambar kenang-kenangan.....ye la lps ni ramai dah yg nak bercoti2...ade yg nak balik Malaysia...yg nak balik sweden...sob2...org niii jugak la kene tinggal kat saudi..ohhh...;(

Aneka lauk pauk..by MK Al Khobar...Rendang ayam..Daging Masak Merah..sweet sour fish...Kacang buncis goreng wid hati ayam...kauh kacang..nasi impit...n sate (lupo nak snap!)

Seafood Tom Yam by Malaysia Kitchen Al-Khobar....


Anggur Merah n hijau..pencuci mulut..


Popia Sira...dah tinggal separuh weiii...sape2 nak order blh contact org tuuu....;)

Burger M'sia..Moist Choc cake..Banana Cake...


Puding Karamel..lamen melo...karipap....



Black Forest cake..Cheese cake...chocolate cake...ni semua mmg utk menambah inci...

Farewell party ni utk meraikan sis Atiqah sefamili yg akan berhijrah ke Sweden Ogos ini..sobsob..she's Indian (north)....best friend kak sarimah....


Abdullah.... yg br berusia 4 bulan...hidung pon dah mcm Shah Rukh Khan...;)


tengok tuuu...comeyyy nak lawan ngan flash camera!!! bakpe ummi main2 nyorot2 plak dah..*_^

Ni model sofa ke @ seeh perut sbb dah makan segala benda...hihhhi...jgn mareee Ria!!


pic ni mmg menimbulkan mood seram g2...hehhehe...credit to asiah [ummi mariam's doter] n sis nawal....


Besttt shoot from kak nawal.... si cilik shahmey yg mmmg terror posing..mesti ummi die ajar nihhh


Xtvt anak2...main dam ular pon ok...mak2 nak bergossippp ooo...silap...berborak2 sambil makan jap...

Rian n Amru..mane2 pegi mesti nak berdu2 ajooo...best pren nihh!!


Cik Puan muda As n the cutest chubby zahraa!!!



kak nawal..kak ana malik n kak neeza with her doter comeyyyy...



huhuhu..yg ni mesti bajet kiut...kuang3X.....me n kak nawal...;)



bling22..model2 iklan ubat gigi saudi..kak ana malik n kak fiza...


eheh...very the 'control ayu'..hehhe...kak gee n kak mala


From left..kak fiza ,kak sarimah[host],ummi mariam, kak azla, kak mala n kak madinah


All the photos taken by kak Nawal &&
Me!!! The gediksss one with Beddom Essm Sling Bag[kak fiza punya youuu...comel banget]
HAPPY SUMMER HOLIDAYS!!!!

Monday, June 15, 2009

Takziah



Salam takziah dari semua ahli Jumanisaa buat Nor Salleh sekeluarga diatas permergian bapa Nor pada 14 Jun 2009 yang lepas. Semoga roh ayahanda Nor aman bersemadi di sana dan ditempatkan bersama para mujahid dan solihin. Ameen.

Kepada Nor dan keluarga, semoga pemergian ayahanda diiringi dengan doa dan keredhaan.



Wednesday, May 13, 2009

PerJumpaan Juma An Nisaa ke-2


Alhamdulillah, Perjumpaan Juma An Nisaa Ke-2 telah berjalan dengan lancar dan selamatnya. Terima Kasih banyak2 kepada yang telah bertungkus-lumus mengendalikan pengangkutan pergi&balik, sisters2 yang membawa juadah, sister yang memberi tunjuk-ajar membuat roti dan tak ketinggalan anak2 kecik dan baby2 yg chomel....eemm...di harap sudi datang lagi.
Pada para ibu-ibu yang tak dapat hadir...tak pe lain kali boleh datang ..insyaAllah..
Oh ya...saya nak mintak maaf jugak sekiranya ada yang terkurang & terlebih (alhamdulillah)semasa Perjumpaan tersebut.
Perjumpaan JumaNissa Ke-3, acara Riadah iaitu Futsal ..insyaAllah minggu depan. Sila rujuk kepada Puan Aida...;),

Duduk(sofa) -Mala. Baris depan- Amy, As,Azliny,Neeza,Sharimah,Leeza,Nina,Aida.Baris belakang - Shikin, Shafir, Sah dan Zie&anaknya, Madina, Tina & ctkhadijah. Hero&Heroin- baby Zahraa, Ryan, Shahmey,Sumeyyah, Aimran, Rian, anak2 Nina dan Aida's daughter.


Ahli yang 'just too cute' - Zahraa...

Monday, May 11, 2009

Perjumpaan Jumanisaa

Assalamu'alaikum,

Dijemput semua wanita malaysia jubail ke perjumpaan wanita seperti berikut:

Hari: Selasa
Tarikh: 12 Mei 2009 (esok)
Masa: 9 pagi - 12 tghr
Tempat: Rumah Puan Siti Khadijah
Alamat: Al Kods 12, House #215, Jubail Industrial City
No. Tel: 033491851 (house) /056615379 (h/p)
Aktiviti: Tadarus al-quran, tazkirah dan demo membuat roti

Untuk pengangkutan, boleh bertanya kepada Puan Leeza di nombor 0564408225. Maaf entry ni sgt2 lambat. Next time insya-Allah sesape boleh post jugak ye. Ma'as salamah.

Sunday, May 10, 2009

JOm Makan SAte!!!

Jemput makan sate..nasi impit ade gaksss....bihun lupa nak snap!!!!

tu dia!!!!!!!!!! kuah kacang yg lazat...hot n spicy g2.....leh order ngan kakak2 kat panda kecil...heheheh

eheheh...jgn bergaduh cik kak2 weiiii....ade kang kene lepuk ngan senduk nieee....


"SAte besttt woooo!!!"... Puan Presiden dgn sate yg dibuatnya...


Sebahagian jumanisaaaa....ramai muka2 baru niee...


Syoknya sembang cik2 abang nihhh...jgn gosipppp yerrr...


Depa ni la yg ambik kontrak cucuk sate....



"Kasi garing ckit joe!"...ikut arahan Tuan Presiden..


fasiliti utk anak2 bermain....seronok betol!!!



Ni mainan fev ni...usyun2=slide....sape kasi name tuuu...


Korek lerr pasir tu...mak pak tak nampak nihhh...cbuk makan tuuu....sekali sekala jumpe pasir ni syokkkkkk...;)~



Rebus telur di tengah2 padang pasir....sapa punya idea nih..good!!


Senyum ckit....


Model yg paling "mesra" kamera di sate fiesta...hehhe..^_*


Wednesday, April 29, 2009

Selamat datang ahli KRMJ paling muda..


Umurnya baru 1 hari. Dia dilahirkan semalam, jam 9.15 pagi di Hospital Almana setelah mommynya sakit agak lama juga. Tapi, dia dah sign borang untuk jadi ahli KRMJ tau..

Presenting... ooopsss!! biarlah Mommy and Daddy yang bagi tahu nama dia kepada umum.





Welcome to the blogging world Jumanisaa blog ya puteri comel. Semalam, kami pergi menjenguk ahli baru KRMJ ini di hospital. Amboi... dah besar bukak mata. Memang sah dia tak sabar nak keluar nak mintak Mommy and Daddy dokong dia ;).

Bila didokong, dia tidur. Bila diletak, dia jaga. Haaaa.. apa maknanya tu? Mungkinkah dia lebih suka didokong kalau nak tidur? Maka, bersedialah Mommy Daddy ya. Tahniah untuk As dan Roy diatas kelahiran cahayamata sulung ni. Semoga sicomel akan membesar sebagai anak solehah. Ameen....

Lepas ni, siapa pula ya. Ada dah tu yang ambik number. Siapa pulak nak berjangkit ni? Sila angkat tangan.. ;).


*Neeza jatuh tangan dua-dua ni.. huhuuu...




Sunday, March 29, 2009

Gangguan Terhadap Keimanan Dan Cara-Cara Menolaknya

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله : "يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا؟ من خلق كذا؟ حتى يقول: من خلق الله؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله، وَلْيَنْتَهِ". وفي لفظ "فليقل: آمنت بالله ورسله" متفق عليه.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Syaitan mendatangi salah seorang daripada kamu lalu membisikkan: siapakah yang menciptakan ini, siapakah yang menciptakan itu? Sehingga dia membisikkan lagi: siapakah yang menciptakan Allah? Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila sampai pada tahap ini, hendaklah dia berlindung dengan Allah dan hendaklah dia memberhentikannya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat yang lain: hendaklah dia berkata: Aku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.

Hadis ini menjelaskan syaitan mengganggu manusia dengan kebatilan, sama ada was-was ke dalam hatinya atau melalui syaitan dari jenis manusia. Syaitan sentiasa menyerang manusia yang tidak mempunyai mata hati tentang soalan sebegini. Inilah tugas utama syaitan yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Begitu juga golongan sesat yang merupakan syaitan dari kalangan manusia mencampakkan keraguan dan kebatilan kepada orang-orang tidak teguh keimanannya.

Seorang mukmin mestilah menghentikan was-was tersebut dari terus mengganggunya kerana segala yang ada akan berakhir. Hanya Allah yang kekal abadi, Dialah yang pertama, tidak sesuatu yang mendahului-Nya dan Dialah yang terakhir yang tidak sesuatu selepas-Nya. Dialah yang mengadakan sekalian makhluk, waktu dan tempat. Oleh itu, menjadi kewajipan mukmin untuk menghentikan soalan-soalan meragukan yang akan membawa kepada menafikan kekuasaan Allah s.w.t.

Gangguan dalam bentuk was-was ini tidak lain hanya untuk mengurangkan dan melemahkan iman seseorang yang akhirnya tewas dan tersungkur dalam lembah keraguan dan kesyirikan. Malah was-was seperti ini mestilah dilawan dengan keyakinan bahawa Dialah Allah yang Maha berkuasa yang mempunyai kekuasaan mutlak. Keimanan kepada Allah dan RasulNya mestilah diteguhkan dengan cara membenarkan apa sahaja yang dikhabarkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis sahih Rasulullah s.a.w.

Baginda diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan Allah s.w.t. dari gangguan syaitan. Allah s.w.t. berfirman:

وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ . وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ

Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (al-Mukminun: 97-98)

Dalam hal, selain dari meminta perlindungan dari syaitan, seorang muslim mesti menggunakan sebaik-baiknya akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. untuk merenung dan memikirkan kejadian Allah s.w.t. Kewujudan Allah s.w.t. tidak dapat dijangkau oleh akal kita yang lemah ini. Sebaliknya fikiran kita hendaklah dipusatkan kepada tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang terbentang luas di hadapan kita; malah pada diri kita sendiri terdapat bukti keagungan Allah s.w.t. Renunglah ayat-ayat al-Qur’an, semuanya menyuruh kita berfikir bukan meragui. Keyakinan tidak akan dibina dengan syak wasangka, waham dan pemikiran yang singkat. Keimanan dituntut agar diperbaharui, bukan diruntuhkan. Allah s.w.t. berfirman:

سَنُرِيهِمْ آَيَاتِنَا فِي الْآَفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat: 53)

وَفِي الْأَرْضِ آَيَاتٌ لِلْمُوقِنِين . وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? (al-Zariyat:20-21)

Rasulullah s.a.w. yang merupakan doktor yang mengubat jiwa manusia dan iman mereka telah menggariskan beberapa jalan untuk menghindari dari gangguan syaitan-syaitan ini. Pertama, berhenti dari melayani gangguan ini. Kedua meminta perlindungan dari Allah. Ketiga, meneguhkan diri dengan menyatakan keimanan terhadap Allah.

Ketiga-tiga perkara ini merupakan benteng yang menangkis dari sebarang bentuk kesangsian terhadap keimanan dan segala kesesatan. Oleh itu ia mesti diberi perhatian dan penekanan yang penting. Kesimpulannya, hadis ini termasuk di bawah prinsip meneguhkan dan memperkasakan keimanan.

(Syarah hadis disediakan oleh Ust Muhammad Hanief Awang Yahya untuk www.darulkautsar.com )

http://www.darulkautsar.com/article.php?ArticleID=456

Sunday, March 22, 2009

Perjumpaan Wanita

Assalamu'alaikum wrh wbt,

Saya ingin menjemput puan2/saudari2 ke rumah saya utk menghadiri perjumpaan wanita seperti berikut:

Hari: Jumaat
Tarikh: 27/3/2009
Masa: 1.30 petang
Alamat: House no. 6, Building 106, Street 57, Haii al-Huwaylat
Aktiviti: Tadarus al-quran dan tazkirah

Tolong sampaikan kat kawan2 yg tak de dlm mailing list ni/tak de internet/baru datang. Semoga kehadiran puan2/saudari2 diberkati Allah. Jumpa anda ye insya-Allah. Ma'as salamah. Sekian, terima kasih. Wassalam.

Madina

Sunday, March 15, 2009

Announcement untuk para ibu yang ada anak besar


Assalamualaikum..

Entry ini khusus ditujukan kepada semua ibu yang ada anak besar iaitu anak yang attend kelas agama Ustazah Yeni setiap Rabu di rumah Mr President tu. Kepada yang lain, nak baca pun boleh. Boleh tolong sampaikan pada yang lain sebab mungkin mereka tak baca blog.


Semua maklum yang Ustazah ada mengaja Iqra' kepada anak-anak kita. Sebelum ini, Ustazah telah fotostat Iqra' 1 dan diedarkan kepada anak-anak tersebut. Sayang seribu kali sayang, anak-anak kita telah merobak-rabekkan kertas yang Ustazah fotostat tu. Ada yang jadi roket, ada yang jadi eifel tower dan ada yang jadi burj dubai.. tak kurang juga kertas lukisan.. ooppsss!! dah lebih la tu.


Sebenarnya, diorang dah sepah-sepahkan kertas tu dan entah kemana hala lah perginya. Takkanlah, setiap kelas, ustazah nak fotostat kan.. Kesian Ustazah. Jadi, Ustazah mohon sesangat kepada sesiapa yang mempunyai buku Iqra' 1 sendiri, tolonglah bawah pada setiap Rabu itu. Kalau tak ada takpe. Tak pulak dipaksa untuk balik Malaysia dan beli ya. Sesiapa yang ada sahaja lah tolong bawak.


Mohon jasa baik kengkawan yang baca announcement ini, tolong sampaikan pada kengkawan yang lain ya. Sekian berita hari ini. Jumpa lagi bila-bila ya :).

Thursday, March 12, 2009

krmj...

Tuan n Puan presiden krmj ....sejam sblm berlepas pulang ke tanahair krn emergency...mari kita same2 doakan kesihatan bonda En.Salahudin...amin..






















terima kasih kpd suppliers makanan n lauk pauk malam tadi..berselera sungguh...tp malangnye..lupe plak nak snap pix2 lain..maklum la syok makan nasi sampai lupe diri...^_^