Showing posts with label announcement. Show all posts
Showing posts with label announcement. Show all posts

Monday, June 15, 2009

Takziah



Salam takziah dari semua ahli Jumanisaa buat Nor Salleh sekeluarga diatas permergian bapa Nor pada 14 Jun 2009 yang lepas. Semoga roh ayahanda Nor aman bersemadi di sana dan ditempatkan bersama para mujahid dan solihin. Ameen.

Kepada Nor dan keluarga, semoga pemergian ayahanda diiringi dengan doa dan keredhaan.



Monday, May 11, 2009

Perjumpaan Jumanisaa

Assalamu'alaikum,

Dijemput semua wanita malaysia jubail ke perjumpaan wanita seperti berikut:

Hari: Selasa
Tarikh: 12 Mei 2009 (esok)
Masa: 9 pagi - 12 tghr
Tempat: Rumah Puan Siti Khadijah
Alamat: Al Kods 12, House #215, Jubail Industrial City
No. Tel: 033491851 (house) /056615379 (h/p)
Aktiviti: Tadarus al-quran, tazkirah dan demo membuat roti

Untuk pengangkutan, boleh bertanya kepada Puan Leeza di nombor 0564408225. Maaf entry ni sgt2 lambat. Next time insya-Allah sesape boleh post jugak ye. Ma'as salamah.

Wednesday, April 29, 2009

Selamat datang ahli KRMJ paling muda..


Umurnya baru 1 hari. Dia dilahirkan semalam, jam 9.15 pagi di Hospital Almana setelah mommynya sakit agak lama juga. Tapi, dia dah sign borang untuk jadi ahli KRMJ tau..

Presenting... ooopsss!! biarlah Mommy and Daddy yang bagi tahu nama dia kepada umum.





Welcome to the blogging world Jumanisaa blog ya puteri comel. Semalam, kami pergi menjenguk ahli baru KRMJ ini di hospital. Amboi... dah besar bukak mata. Memang sah dia tak sabar nak keluar nak mintak Mommy and Daddy dokong dia ;).

Bila didokong, dia tidur. Bila diletak, dia jaga. Haaaa.. apa maknanya tu? Mungkinkah dia lebih suka didokong kalau nak tidur? Maka, bersedialah Mommy Daddy ya. Tahniah untuk As dan Roy diatas kelahiran cahayamata sulung ni. Semoga sicomel akan membesar sebagai anak solehah. Ameen....

Lepas ni, siapa pula ya. Ada dah tu yang ambik number. Siapa pulak nak berjangkit ni? Sila angkat tangan.. ;).


*Neeza jatuh tangan dua-dua ni.. huhuuu...




Sunday, March 15, 2009

Announcement untuk para ibu yang ada anak besar


Assalamualaikum..

Entry ini khusus ditujukan kepada semua ibu yang ada anak besar iaitu anak yang attend kelas agama Ustazah Yeni setiap Rabu di rumah Mr President tu. Kepada yang lain, nak baca pun boleh. Boleh tolong sampaikan pada yang lain sebab mungkin mereka tak baca blog.


Semua maklum yang Ustazah ada mengaja Iqra' kepada anak-anak kita. Sebelum ini, Ustazah telah fotostat Iqra' 1 dan diedarkan kepada anak-anak tersebut. Sayang seribu kali sayang, anak-anak kita telah merobak-rabekkan kertas yang Ustazah fotostat tu. Ada yang jadi roket, ada yang jadi eifel tower dan ada yang jadi burj dubai.. tak kurang juga kertas lukisan.. ooppsss!! dah lebih la tu.


Sebenarnya, diorang dah sepah-sepahkan kertas tu dan entah kemana hala lah perginya. Takkanlah, setiap kelas, ustazah nak fotostat kan.. Kesian Ustazah. Jadi, Ustazah mohon sesangat kepada sesiapa yang mempunyai buku Iqra' 1 sendiri, tolonglah bawah pada setiap Rabu itu. Kalau tak ada takpe. Tak pulak dipaksa untuk balik Malaysia dan beli ya. Sesiapa yang ada sahaja lah tolong bawak.


Mohon jasa baik kengkawan yang baca announcement ini, tolong sampaikan pada kengkawan yang lain ya. Sekian berita hari ini. Jumpa lagi bila-bila ya :).