Sunday, March 29, 2009

Gangguan Terhadap Keimanan Dan Cara-Cara Menolaknya

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله : "يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا؟ من خلق كذا؟ حتى يقول: من خلق الله؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله، وَلْيَنْتَهِ". وفي لفظ "فليقل: آمنت بالله ورسله" متفق عليه.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Syaitan mendatangi salah seorang daripada kamu lalu membisikkan: siapakah yang menciptakan ini, siapakah yang menciptakan itu? Sehingga dia membisikkan lagi: siapakah yang menciptakan Allah? Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila sampai pada tahap ini, hendaklah dia berlindung dengan Allah dan hendaklah dia memberhentikannya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat yang lain: hendaklah dia berkata: Aku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.

Hadis ini menjelaskan syaitan mengganggu manusia dengan kebatilan, sama ada was-was ke dalam hatinya atau melalui syaitan dari jenis manusia. Syaitan sentiasa menyerang manusia yang tidak mempunyai mata hati tentang soalan sebegini. Inilah tugas utama syaitan yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Begitu juga golongan sesat yang merupakan syaitan dari kalangan manusia mencampakkan keraguan dan kebatilan kepada orang-orang tidak teguh keimanannya.

Seorang mukmin mestilah menghentikan was-was tersebut dari terus mengganggunya kerana segala yang ada akan berakhir. Hanya Allah yang kekal abadi, Dialah yang pertama, tidak sesuatu yang mendahului-Nya dan Dialah yang terakhir yang tidak sesuatu selepas-Nya. Dialah yang mengadakan sekalian makhluk, waktu dan tempat. Oleh itu, menjadi kewajipan mukmin untuk menghentikan soalan-soalan meragukan yang akan membawa kepada menafikan kekuasaan Allah s.w.t.

Gangguan dalam bentuk was-was ini tidak lain hanya untuk mengurangkan dan melemahkan iman seseorang yang akhirnya tewas dan tersungkur dalam lembah keraguan dan kesyirikan. Malah was-was seperti ini mestilah dilawan dengan keyakinan bahawa Dialah Allah yang Maha berkuasa yang mempunyai kekuasaan mutlak. Keimanan kepada Allah dan RasulNya mestilah diteguhkan dengan cara membenarkan apa sahaja yang dikhabarkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis sahih Rasulullah s.a.w.

Baginda diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan Allah s.w.t. dari gangguan syaitan. Allah s.w.t. berfirman:

وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ . وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ

Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (al-Mukminun: 97-98)

Dalam hal, selain dari meminta perlindungan dari syaitan, seorang muslim mesti menggunakan sebaik-baiknya akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. untuk merenung dan memikirkan kejadian Allah s.w.t. Kewujudan Allah s.w.t. tidak dapat dijangkau oleh akal kita yang lemah ini. Sebaliknya fikiran kita hendaklah dipusatkan kepada tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang terbentang luas di hadapan kita; malah pada diri kita sendiri terdapat bukti keagungan Allah s.w.t. Renunglah ayat-ayat al-Qur’an, semuanya menyuruh kita berfikir bukan meragui. Keyakinan tidak akan dibina dengan syak wasangka, waham dan pemikiran yang singkat. Keimanan dituntut agar diperbaharui, bukan diruntuhkan. Allah s.w.t. berfirman:

سَنُرِيهِمْ آَيَاتِنَا فِي الْآَفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat: 53)

وَفِي الْأَرْضِ آَيَاتٌ لِلْمُوقِنِين . وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? (al-Zariyat:20-21)

Rasulullah s.a.w. yang merupakan doktor yang mengubat jiwa manusia dan iman mereka telah menggariskan beberapa jalan untuk menghindari dari gangguan syaitan-syaitan ini. Pertama, berhenti dari melayani gangguan ini. Kedua meminta perlindungan dari Allah. Ketiga, meneguhkan diri dengan menyatakan keimanan terhadap Allah.

Ketiga-tiga perkara ini merupakan benteng yang menangkis dari sebarang bentuk kesangsian terhadap keimanan dan segala kesesatan. Oleh itu ia mesti diberi perhatian dan penekanan yang penting. Kesimpulannya, hadis ini termasuk di bawah prinsip meneguhkan dan memperkasakan keimanan.

(Syarah hadis disediakan oleh Ust Muhammad Hanief Awang Yahya untuk www.darulkautsar.com )

http://www.darulkautsar.com/article.php?ArticleID=456

Sunday, March 22, 2009

Perjumpaan Wanita

Assalamu'alaikum wrh wbt,

Saya ingin menjemput puan2/saudari2 ke rumah saya utk menghadiri perjumpaan wanita seperti berikut:

Hari: Jumaat
Tarikh: 27/3/2009
Masa: 1.30 petang
Alamat: House no. 6, Building 106, Street 57, Haii al-Huwaylat
Aktiviti: Tadarus al-quran dan tazkirah

Tolong sampaikan kat kawan2 yg tak de dlm mailing list ni/tak de internet/baru datang. Semoga kehadiran puan2/saudari2 diberkati Allah. Jumpa anda ye insya-Allah. Ma'as salamah. Sekian, terima kasih. Wassalam.

Madina

Sunday, March 15, 2009

Announcement untuk para ibu yang ada anak besar


Assalamualaikum..

Entry ini khusus ditujukan kepada semua ibu yang ada anak besar iaitu anak yang attend kelas agama Ustazah Yeni setiap Rabu di rumah Mr President tu. Kepada yang lain, nak baca pun boleh. Boleh tolong sampaikan pada yang lain sebab mungkin mereka tak baca blog.


Semua maklum yang Ustazah ada mengaja Iqra' kepada anak-anak kita. Sebelum ini, Ustazah telah fotostat Iqra' 1 dan diedarkan kepada anak-anak tersebut. Sayang seribu kali sayang, anak-anak kita telah merobak-rabekkan kertas yang Ustazah fotostat tu. Ada yang jadi roket, ada yang jadi eifel tower dan ada yang jadi burj dubai.. tak kurang juga kertas lukisan.. ooppsss!! dah lebih la tu.


Sebenarnya, diorang dah sepah-sepahkan kertas tu dan entah kemana hala lah perginya. Takkanlah, setiap kelas, ustazah nak fotostat kan.. Kesian Ustazah. Jadi, Ustazah mohon sesangat kepada sesiapa yang mempunyai buku Iqra' 1 sendiri, tolonglah bawah pada setiap Rabu itu. Kalau tak ada takpe. Tak pulak dipaksa untuk balik Malaysia dan beli ya. Sesiapa yang ada sahaja lah tolong bawak.


Mohon jasa baik kengkawan yang baca announcement ini, tolong sampaikan pada kengkawan yang lain ya. Sekian berita hari ini. Jumpa lagi bila-bila ya :).

Thursday, March 12, 2009

krmj...

Tuan n Puan presiden krmj ....sejam sblm berlepas pulang ke tanahair krn emergency...mari kita same2 doakan kesihatan bonda En.Salahudin...amin..






















terima kasih kpd suppliers makanan n lauk pauk malam tadi..berselera sungguh...tp malangnye..lupe plak nak snap pix2 lain..maklum la syok makan nasi sampai lupe diri...^_^

Sunday, March 1, 2009



Subscribe to JumaNisaa




Powered by us.groups.yahoo.com


Doa khusus bagi ibu sedang mengandung

Doa dibaca setiap hari

“Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melain dengan penawar-Mu. Ya Allah, lahirkanlah dari kandungan ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah , jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah , elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad s. a. w.”