Saturday, February 28, 2009

Kelas Agama 25 Februari 2008

Alhamdulillah,kelas agama mingguan dijalankan seperti biasa bertempat di rumah Tuan President KRMJ.Seperti biasa ceramah bermula selepas Isyak dan berakhir sejam kemudian..Minggu ini tajuk ceramah berkisar ???? Ermmmmm,rasanya next time kena catat betul-betul la..Haahahha..to sesiapa yang masih ingat,boleh la tambah nanti yer :)


Meja Panassssss



Seperti biasa,acara makan-makan mesti lah ada.Kali nih main dish adalah,jeng jeng jeng,"Nasi Ayam Perantau" dari Chef Adleez..Nama diberi oleh Wife Tuan President :)


Nasi Ayam Perantau..Sedappppp,kanak-kanak pun makan
tak pandang belakang :) Habis licin nasi ayam kali nih..
Sedap sehingga menjilat jari!!


Dan tak lupa juga potluck dari kawan-kawan..Macam-macam jenis kuih muih dan pencuci mulut.
Jom kita tengok gambar sambil menahan perasaan :P



Kuih Keria dan Kuih Kaswi



Puding Roti dengan Vanilla sos,Karipap dan Muffin pisang.



Air Soya..Susah nak jumpa air soya fresh kat saudi nih..
Kalau nak boleh order dari pembekal di sini :P



Mixed nuts & dates,Bubur Pulut Hitam
& Cake



Actually banyak lagi makanan..tapi tak sempat nak snap plak..Alhamdulillah,tak membazir kali nih..Kira ngam-ngam makanan..Kalau tak penat nak menapau..hahhaa..

Insyaallah,next week ada lagi kelas agama..Bila ada kelas agama adalah makanannyer!!hehehe..
Menu next week,tak dibincangkan lagi..hahaha...Kita tengok plak sapa yang kenaaaaaaaaaaaa....



Author - Bukan Puan Neeza,tetapi As :p




Thursday, February 19, 2009

Laksam yang sedap


Semalam, untuk kali yang ke?? tak ingatlah pulak, kami KRMJ mengadakan aktiviti mingguan pada malam Khamis iaitu ceramah agama. Lokasi seperti biasa ialah di teratak indah Mr. President. Bila dah buat di rumah Mr. President, first lady pun memang lah sibuk sangat. Kesian pulak kat dia. Padahal, aktiviti ni aktiviti semua. Tapi sebagai first lady (tuan punya rumah sebenarnya), mungkin dia rasa bertanggung jawab. Kak Mala, lain kali, tak payah susah-susah sangat. Sound aje,

"Neeza! buat air ya.."

"Liza! ambik pinggan okay.."

"As.. oh As tak boleh.. As pregnant.."

Hehehee... dulu Neeza tu pun pregnant jugak tapi sekarang dah tak lagi. Jadi, takde alasan dia tak nak tolong. Kalau dia bagi alasan jugak, kasi cubit satu kali! hehee.. Semalam, ramai jugak yang tolong Kak Mala. Rasanya Neeza tu sorang aje tak tolong. Malas betul dia tu kan. Tahu makan aje ish.. ish.. ;)





Entry ni dibuat sebab belum ada orang lain nak menulis disini. Jadi, daripada terbengkalai, biarlah patik menulis. Lagipun, nak tayang gambar makan-makan semalam. Nak letak di blog sendiri, nanti orang kata, tak habis-habis dengan gambar makanan dia ni hehee.. Jom kita layan gambar-gambar food yang dah tinggal pinggan tu.





Oh ya, pasal tajuk di atas tu, memang kami makan laksam pun semalam. Memang sedap. Terima kasih kepada kawan-kawan di compound itu :). Sayang seribu kali sayang sambal belacannya enggak cukup. Kalau tidak, mungkin patik tambah 3 atau 4 pinggan lagi (yang dah makan semalam 3 pinggan dah pun hehee..)




Minggu depan, dengar-dengarnya ada orang nak masak nasi ayam.. tak tahu lah jadi ke tak. Kita tunggu sesama ya :). Lupa pulak. Aktiviti ni bukan untuk muslim saja tau. Rakan-rakan bukan muslim pun dijemput sama. Since aktiviti makan bermula jam 9 malam, kawan-kawan boleh lah datang at 9pm tu. Dapatlah kita makan sambil bergather-gather. Best tau. Bila lagi kita nak jumpa kalau bukan time makan reramai ni kan kan.. :).



Author - saya laaa.. :)

Thursday, February 12, 2009

Ribut Pasir



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

nampaknya sudah ada pertambahan author bagi blog ini - Madina dan As. Bagi rakan-rakan yang lain, silalah tinggalkan email address anda untuk Neeza add kan sebagai author. Bila jadi author, boleh lah tulis di blog ini sendiri. Neeza tahu ramai dan rasanya semua rakan ada kelebihan masing-masing, baik dari segi nasihat, petua mahupun resepi masakan. Nak bagi tazkirah pun boleh. Sangat dialu-alukan.


Rasanya, ramai yang perasan (melainkan yang kena kurung dalam bilik gelap hehehh..) sejak pagi semalam, cuaca sangat tak mesra kesihatan. Ribut pasir tiba lagi musim ini. Daripada bacaan Neeza di blog orang lain (hehee.. ngelat ni.. jalan senang cari info), ribut pasir ni akan berlarutan 2-3 hari. Selepas itu, biasanya hujan akan datang dan akan bermula lah musim baru iaitu summer!!! yeehhaaaa!!! suka ke? biasa-biasa aje sebenarnya, bagi Neeza lah. Sebabnya setiap musim ada kebaikan dan kelemahan masing-masing.


Kalau summer, panas sangat pun tak best jugak kan. Cumanya, kalau summer, kita lebih selesa untuk bersantai di park seperti Fanateer, Corniche ataupun Nakheel Beach. Errr.. ada park lain ke di Jubail ni? Kalau ada yang tahu, sharelah ya sebab Neeza ni pun cetek ilmu jugak sebenarnya. Lagipun, Neeza bukanlah selau pergi ke beach beach ni.


Berbalik cerita ribut pasir ni, disarankan kepada ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik dan anak-anak, kalau boleh berkurung dirumah (amboi kejamnya bunyi..), duduk lah dirumah untuk tempoh dua tiga hari ni sebab cuaca macam ni memang mudah penyakit menghinggap especially batuk dan selsema. Tapi hari ni Neeza keluar juga sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Hopefully kesihatan keluarga Neeza tak terjejaslah. Insyaallah.


Banyak pulak celoteh. Mana orang lain ni?? Tak nak menulis kat sini ke? Asyik Neeza aje. Nanti bosan orang baca tulisan Neeza.. balik balik Neeza.. (itulah yang bakal dikatakan oleh En Shahril huhuuuu..)


Okaylah kawan-kawan. Sini dulu ya. Blog ni blog tak formal, jadi tulis aje apa yang you all nak tulis. Yang penting kita happy hehehee..


author - Neeza (lagi??? adoiii...)

Monday, February 9, 2009

Welcome notes!


Kaifalhaluk? Bikhairin, Alhamdulillah..

sendiri tanya, sendiri jawab. Welcome, selamat datang, ahlan wasahlan to all of you. Let's make this blog as bilingual - English and Bahasa Malaysia. The idea of having this blog came after the Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) mesyuarat agong on the 5th February 2009.


I guess this blog will be a place for us (especially the females) to communicate among us. It is understood that women are not free to go out at anytime here. If any of us has question, answer or anything to share, this blog could be used for those purpose.


Semua orang (Jubail Malaysian females) boleh menulis di blog ini (sebagai author). Sila tinggalkan email address anda di chatbox. Kalau segan, boleh YM ke neezashahril@yahoo.com atau boleh call saja.


Diharapkan, blog ini berguna sebagai medan untuk kita berhubung antara satu sama lain disamping yahoogroup yang telah di create oleh Puan Madina. Thanks to her :). Oh ya, jika ada comment mengenai layout atau apa-apa yang terkurang atau terlebih mengenai blog ini, sila kemukakan juga ya. Cadangan anda amatlah dialu-alukan. Terima kasih :).


posted by - Neeza