Thursday, February 12, 2009

Ribut Pasir



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

nampaknya sudah ada pertambahan author bagi blog ini - Madina dan As. Bagi rakan-rakan yang lain, silalah tinggalkan email address anda untuk Neeza add kan sebagai author. Bila jadi author, boleh lah tulis di blog ini sendiri. Neeza tahu ramai dan rasanya semua rakan ada kelebihan masing-masing, baik dari segi nasihat, petua mahupun resepi masakan. Nak bagi tazkirah pun boleh. Sangat dialu-alukan.


Rasanya, ramai yang perasan (melainkan yang kena kurung dalam bilik gelap hehehh..) sejak pagi semalam, cuaca sangat tak mesra kesihatan. Ribut pasir tiba lagi musim ini. Daripada bacaan Neeza di blog orang lain (hehee.. ngelat ni.. jalan senang cari info), ribut pasir ni akan berlarutan 2-3 hari. Selepas itu, biasanya hujan akan datang dan akan bermula lah musim baru iaitu summer!!! yeehhaaaa!!! suka ke? biasa-biasa aje sebenarnya, bagi Neeza lah. Sebabnya setiap musim ada kebaikan dan kelemahan masing-masing.


Kalau summer, panas sangat pun tak best jugak kan. Cumanya, kalau summer, kita lebih selesa untuk bersantai di park seperti Fanateer, Corniche ataupun Nakheel Beach. Errr.. ada park lain ke di Jubail ni? Kalau ada yang tahu, sharelah ya sebab Neeza ni pun cetek ilmu jugak sebenarnya. Lagipun, Neeza bukanlah selau pergi ke beach beach ni.


Berbalik cerita ribut pasir ni, disarankan kepada ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik dan anak-anak, kalau boleh berkurung dirumah (amboi kejamnya bunyi..), duduk lah dirumah untuk tempoh dua tiga hari ni sebab cuaca macam ni memang mudah penyakit menghinggap especially batuk dan selsema. Tapi hari ni Neeza keluar juga sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Hopefully kesihatan keluarga Neeza tak terjejaslah. Insyaallah.


Banyak pulak celoteh. Mana orang lain ni?? Tak nak menulis kat sini ke? Asyik Neeza aje. Nanti bosan orang baca tulisan Neeza.. balik balik Neeza.. (itulah yang bakal dikatakan oleh En Shahril huhuuuu..)


Okaylah kawan-kawan. Sini dulu ya. Blog ni blog tak formal, jadi tulis aje apa yang you all nak tulis. Yang penting kita happy hehehee..


author - Neeza (lagi??? adoiii...)

2 comments:

Abang Long said...

Macam mana agaknya ribut pasir ya ? Ada sahabat kata menyeronokkan, tapi ada juga yang kata menyeramkan.

Yang pasti kaki ini tidak pernah melangkah jauh, paling jauh ke Singapura, itupun sebab tanah kelahiran.

Juma An Nisaa said...

Abang Long,

tak seronok pun sebenarnya.. cuaca jadi kelabu (oren) berjerebu.. debu2 penuh.. kalau buka tingkap, habislah berdebu rumah..