Saturday, February 28, 2009

Kelas Agama 25 Februari 2008

Alhamdulillah,kelas agama mingguan dijalankan seperti biasa bertempat di rumah Tuan President KRMJ.Seperti biasa ceramah bermula selepas Isyak dan berakhir sejam kemudian..Minggu ini tajuk ceramah berkisar ???? Ermmmmm,rasanya next time kena catat betul-betul la..Haahahha..to sesiapa yang masih ingat,boleh la tambah nanti yer :)


Meja Panassssss



Seperti biasa,acara makan-makan mesti lah ada.Kali nih main dish adalah,jeng jeng jeng,"Nasi Ayam Perantau" dari Chef Adleez..Nama diberi oleh Wife Tuan President :)


Nasi Ayam Perantau..Sedappppp,kanak-kanak pun makan
tak pandang belakang :) Habis licin nasi ayam kali nih..
Sedap sehingga menjilat jari!!


Dan tak lupa juga potluck dari kawan-kawan..Macam-macam jenis kuih muih dan pencuci mulut.
Jom kita tengok gambar sambil menahan perasaan :P



Kuih Keria dan Kuih Kaswi



Puding Roti dengan Vanilla sos,Karipap dan Muffin pisang.



Air Soya..Susah nak jumpa air soya fresh kat saudi nih..
Kalau nak boleh order dari pembekal di sini :P



Mixed nuts & dates,Bubur Pulut Hitam
& Cake



Actually banyak lagi makanan..tapi tak sempat nak snap plak..Alhamdulillah,tak membazir kali nih..Kira ngam-ngam makanan..Kalau tak penat nak menapau..hahhaa..

Insyaallah,next week ada lagi kelas agama..Bila ada kelas agama adalah makanannyer!!hehehe..
Menu next week,tak dibincangkan lagi..hahaha...Kita tengok plak sapa yang kenaaaaaaaaaaaa....



Author - Bukan Puan Neeza,tetapi As :p




4 comments:

Neeza Shahril said...

yeay!!! excited sangat tengok blog ni berupdate..

hari tu kita belajar pasal hadith lagi rasanya.. hadith keberapa.. errr tak ingat la heheheh..

sape punya turn masak minggu ni kan? tak sempat nak bincang semua semua kalut nak balik.

apa kata kita bagi kat orang2 baru heheheeee...

as said...

hehehe...time rajin boleh la update..time malas,mesti puan neeza gak kena kan kan..

minggu nih??kuang2..entah la..sapa plak kan?
bagus gak cadangan tu..hiks..

kami nak pi makan jerrrrrr arrrrrr... :P

madina said...

Siapakah pembekal itu as? Nanti nak blaja camne buat air soya tu boleh k neeza?

Neeza Shahril said...

pembekal tu As lah hehehh..

senang je Madina.. rendam soya bean semalaman. Then buang air tu and basuh dulu soya tu. Blender dengan air secukupnya (lebih sikit takpe air tu). Tuangkan air dengan serbuk2 soya tu dalam periuk. Letak gula dan daun pandan banyak sikit. masak sampai menggelegak. kalau boleh sentiasa kacau. Lepas tu tapi dengan kain bersih sebab serbuk soya tu halus sangat... khalas :)