Thursday, February 19, 2009

Laksam yang sedap


Semalam, untuk kali yang ke?? tak ingatlah pulak, kami KRMJ mengadakan aktiviti mingguan pada malam Khamis iaitu ceramah agama. Lokasi seperti biasa ialah di teratak indah Mr. President. Bila dah buat di rumah Mr. President, first lady pun memang lah sibuk sangat. Kesian pulak kat dia. Padahal, aktiviti ni aktiviti semua. Tapi sebagai first lady (tuan punya rumah sebenarnya), mungkin dia rasa bertanggung jawab. Kak Mala, lain kali, tak payah susah-susah sangat. Sound aje,

"Neeza! buat air ya.."

"Liza! ambik pinggan okay.."

"As.. oh As tak boleh.. As pregnant.."

Hehehee... dulu Neeza tu pun pregnant jugak tapi sekarang dah tak lagi. Jadi, takde alasan dia tak nak tolong. Kalau dia bagi alasan jugak, kasi cubit satu kali! hehee.. Semalam, ramai jugak yang tolong Kak Mala. Rasanya Neeza tu sorang aje tak tolong. Malas betul dia tu kan. Tahu makan aje ish.. ish.. ;)





Entry ni dibuat sebab belum ada orang lain nak menulis disini. Jadi, daripada terbengkalai, biarlah patik menulis. Lagipun, nak tayang gambar makan-makan semalam. Nak letak di blog sendiri, nanti orang kata, tak habis-habis dengan gambar makanan dia ni hehee.. Jom kita layan gambar-gambar food yang dah tinggal pinggan tu.





Oh ya, pasal tajuk di atas tu, memang kami makan laksam pun semalam. Memang sedap. Terima kasih kepada kawan-kawan di compound itu :). Sayang seribu kali sayang sambal belacannya enggak cukup. Kalau tidak, mungkin patik tambah 3 atau 4 pinggan lagi (yang dah makan semalam 3 pinggan dah pun hehee..)




Minggu depan, dengar-dengarnya ada orang nak masak nasi ayam.. tak tahu lah jadi ke tak. Kita tunggu sesama ya :). Lupa pulak. Aktiviti ni bukan untuk muslim saja tau. Rakan-rakan bukan muslim pun dijemput sama. Since aktiviti makan bermula jam 9 malam, kawan-kawan boleh lah datang at 9pm tu. Dapatlah kita makan sambil bergather-gather. Best tau. Bila lagi kita nak jumpa kalau bukan time makan reramai ni kan kan.. :).



Author - saya laaa.. :)

1 comment:

Abang Long said...

LAKSA ! Ya Abang long memang hatu raya laksa ! Antara makanan yang boleh dimakan @ dibedal. Sebab tak pakai minyak. Cuma, bila jumpa laksa, Abang long 'naik minyak.'

Alahai ... lari tajuk...